Monday, June 21, 2010

Kisah Nabi Yahya a.s Dengan Iblis

"Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha mengasihani"

Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s telah meliaht iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s pun bertanya:

"Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?"

Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s maka iblis pun berkata:

"Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya."

Lalu Yahya a.s berkata: " Adakah bahagian aku dalamnya?"

Berkata iblis: " Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir."

Bertanya Yahya a.s lagi: "Ada apa-apakah selain dari iru bagiku."

Berkata iblis: "tidak"

Yahya a.s berkata: " Bagi Allah wajib atas-ku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya."

Mendengar kata Yahya a.s, maka iblis pun berkata: " Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya."

Haruslah kita ingat bahawa kisah yang kita baca, yang amna memberi nasihat hendaklah kita fikir bahawa kisah itu ditujukan kepada kita dan bukan kisah itu ditujukan pada cerita itu.

Kalau kita fikir dan merenungi kisah di atas, maka kita dapat menggambarkan bahawa perut yang terlampau kenyang itu akan membuat kita malas beribadat dan kita menangguhkan perintah Allah disebabkan semata-mata makanan yang kita makan berlebihan. Malah berlebihan itu juga boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

Allah lebih Mengetahui